duniaku

hidup ini sesuatu yang sukar diramal…..itulah kehidupan


Leave a comment

SELAMAT DATANG

5c350-danbo189TeNtAnG DuNia KeRjayaKu…

Tahun ini genaplah 20 tahun aku bergelar seorang guru…dalam usia klasik ku ini….Alhamdulillah 13 Januari lalu adalah ulang tahunku yang ke 43… besar da angka usia itu kan.. he3

20 tahun yang lalu, aku adalah seorang guru lepasan Maktab Perguruan Sandakan, Sabah. Maktab ini telah menjadi kenangan apabila telah dijadikan  sebuah sekolah menengah di Sandakan. Di Maktab ini lah aku dilatih menjadi seorang guru dengan pengkhususan dalam Pengajian Melayu Sekolah Rendah.

Dec 1993, aku mendapat posting tak rasmi di Sk Apas Parit, Tawau.  Ia merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM) yang terletak di sebuah perkampuangan berhampiran dengan pantai.genap seminggu aku di situ, aku mendapat surat penempatan baru di SMK Jln Apas Tawau. Ketika itu, guru baru yang mempunyai STPM diberikan penempatan di sekolah menengah atas alasan kekurangan guru berijazah untuk mengajar di sekolah menengah, tanpa mengambil kira opsyen yang ada. Maka aku yang menurut perintah.  Di SMK Jln Apas ini aku mengajar matapelajaran Matematik dan Kemahiran Hidup.

Genap 1 semester aku di sekolah tersebut, aku memohon bertukar ke SMK Kunak mengikut suami yang juga merupakan seorang guru di Sk Kunak 1. Di sekolah ini pula, aku diarahkan untuk mengajar Matematik tingkatan 1 dan 2.

Tahun 2004, aku berpeluang melanjutkan pelajaran secara Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dalam bidang ilmu kemanusiaan. Major Geografi dan minor Sastera. Pada tahun ini jugalah aku dilantik oleh pihak sekolah sebagai Guru Data Sekolah.

Tahun 2011, pihak sekolah telah memberikan aku tugas baru iaitu sebagai Guru Perpustakaan dan Media sekolah serta mata pelajaran baru iaitu Pendidikan Sivik Kewarganegaraan tingkatan 5 dan Pendidikan Moral tingkatan 3. November 2012 aku mendapat lantikan jabatan yang rasmi sebagai Guru Perpustakaan dan Media.

Walaupun aku merupakan guru lama di sekolah itu, aku tetap akur dengan setiap apa yang diarahkan. Namun jauh disudut hati kecil ku, aku merasa sedih dan kecewa kerana tugas dan mata pelajaran yang telah sebati dengan kerjayaku telah berubah.. aku sedar Matematik bukan opsyen aku tapi aku telah berpengalaman mengajar matapelajaran tersebut peringkat Menengah Rendah. Namun aku perlu meneruskan kehidupanku.. aku harus pandang ke depan.. tanpa ada pengetahuan asas dalam bidang tugas yang baru .. aku tetap menjalankan tanggungjawabku semampu yang boleh.

Berkat usaha dan doa daripada orang-orang disekelilingku.. yang memahami kemelut dan dilema hidupku.. aku berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Sumber dan Teknologi Maklumat. Alhamdullillah…. sangat besar nilai rezeki yang Allah berikan kepadaku…aku sangat bersyukur ya Allah… serta menghargai pengorbanan bersama keluarga tersayang untuk hidup berjauhan dalam aku mengejar impian ini… semoga peluang yang ada ini, aku akan memperolehi ilmu dalam bidang yang baru ini serta aku dapat menyumbangkan sesuatu dalam bidang ini untuk kepentingan dan kesejahteraan Masyarakat, Agama dan Negara… Insha Allah…. Aminnn Ya Rabillalaminnn….