duniaku

hidup ini sesuatu yang sukar diramal…..itulah kehidupan

Kaedah Penyelidikan 1

kp1

 

 

1.0       KONSEP KERJAYA

Kerjaya mempunyai pelbagai definisi mengikut bidang ilmu masing-masing. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), kerjaya adalah satu perjalanan atau kemajuan  dalam sesuatu lapangan kehidupan yang dijadikan bidang profesion atau pekerjaan pilihan sebagai satu cara untuk mencari nafkah. Demikian juga ada yang menyatakan kerjaya merupakan satu perbuatan yang dilakukan secara berterusan untuk menghasilkan pendapatan bagi menanggung keperluan hidup seharian (Sidek Mohd Noah, 2002). Menurut Ivey dan Morill (1968) pula kerjaya adalah sebagai proses yang berterusan, di mana  individu mengalami perkembangan tugasan mental yang diperlukan bagi pertumbuhan peribadi dalam kehidupan pekerjaan. Oleh itu beliau mengatakan bahawa proses kerjaya adalah satu yang berterusan dan bukan statik selari dengan masyarakat yang sering berubah dalam segala aspek (Ivey dan Morill, 1968). Manakala pekerjaan adalah suatu yang diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah (menghasilkan pendapatan) secara berterusan (kamus dewan).

Menurut Tolbert (1994), kerjaya sebagai satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri  individu. Manakala Ivey dan Morril (1968) pula merumuskan bahawa proses kerjaya merupakan satu proses yang berterusan dengan  itu melibatkan diri dalam siri tugas perkembangan yang perlu bagi perkembangan peribadi dalam dunia pekerjaan. Berlainan pula pendapat Super (1957, 1972) menyatakan bahawa kerjaya merangkumi persediaan yang dilakukan oleh  sebelum bekerja dan juga peranan yang dilakukannya selepas bersara. Super juga menjelaskan bahawa kerjaya ialah satu siri keadaan yang berlaku secara berturutan dalam kehidupan  yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya, peranan yang dimainkan serta status  itu sepanjang kehidupannya.

Dalam kerjaya, terdapat beberapa istilah yang berkaitan tentangnya, iaitu faktor pemilihan kerjaya iaitu disebabkan oleh personaliti, pola personaliti, persekitaran dan keselarasan. Menurut Sidek Mohd Noah (2002), personaliti mempunyai pelbagai definisi, yang menggambarkan personaliti itu adalah unik dan dinamis yang dapat menentukan dan menggerakkan tingkah laku individu. Personaliti ialah hasil tindak balas antara keupayaan yang diwarisi dengan pengaruh persekitaran. Personaliti merupakan sifat keperibadian atau sahsiah individu. Manakala istilah pola personaliti pula adalah penerangan tentang profil keserupaan terhadap jenis-jenis personaliti (Holland,1985,1996). Pola personaliti diperkenalkan oleh Holland, 1973 dengan menekankan kod tiga mata Holland yang terdiri dari tiga huruf yang mewakili jenis personaliti utama atau dominan.

Keselarasan kerjaya ditakrifkan dalam Kamus Dwibahasa (1979) bermaksud perihal sesuai ,bersesuaian atau sepadan (Sidek Mohd Noah, 2002). Lazarus (1970) mendefinisikan keselarasan sebagai satu usaha yang dilakukan untuk menyesuaikan, memadankan dan menyamakan nilai yang sedia ada dengan satu keadaan yang baru diterima. Kesemua empat istilah yang dijelaskan itu tadi merupakan komponen penting dalam membincangkan berkenaan dengan kerjaya.

Di Malaysia golongan belia adalah merujuk kepada individu yang berumur  antara 15 hingga 40 tahun. Dari segi perkembangan manusia pula ialah di  peringkat 15 tahun hingga 24 tahun di mana golongan ini mengalami  perkembangan psikososial yang sangat kompleks, cenderung meneroka alam  kehidupan dan suka menguji batasan peraturan masyarakat (Abdullah Al-Hadi,  Rozumah dan Siti Nor, 1998).

Belia memainkan peranan yang besar dalam proses perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan negara (Yahya dan Abd. Hair, 2008). Belia merupakan aset yang bernilai sebagai pewaris yang akan meneruskan kesinambungan negara dan peranannya sebagai rakan kongsi dalam pembangunan (Azizan, 2004).   Selain itu, belia juga merupakan warisan negara yang bakal menerajui masa depan bukan sahaja untuk diri sendiri, malah keluarga, masyarakat dan negara. Belia akan menentukan hala tuju masa depan negara kerana mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap keadilan sosial, politik dan ekonomi.

2.0       KONSEP BELIA

Istilah Belia menurut Kamus Dewan (1994) bermaksud muda belia, sangat muda, golongan muda secara keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda dan pemudi. Takrifan belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995), pula mendefinisikan belia sebagai orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahunMenurut takrif Majlis Belia Malaysia 1985, belia ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.

Menurut takrif Majlis Belia Malaysia juga dalam lingkungan umur tersebut golongan ini sudah mencapai taraf matang yang memuaskan dan dapat menerima manfaat maksimum. Hal ini kerana pada usia tersebut golongan belia telah tamat alam sekolah menengah serta masih dalam dilema untuk memilih bidang.. Bagi Azizan, 1995; Liebau and Chisholm,1993), takrifan belia berdasarkan faktor-faktor demografi masyarakat (khususnya struktur umur), proses pematangan individu (kebolehan kognitif), peluang dan tahap pendidikan generasi muda, di samping pembangunan yang dialami masyarakat serta tanggapan (yang juga berubah) oleh masyarakat sendiri terhadap golongan yang disifatkan sebagai belia. Umur belia pula berbeza-beza menurut Mohd Daud (1994), mengikut Negara seperti di India belia dikategorikan bagi mereka yang berumur (15-34 tahun), Singapura (15-30 tahun), Amerika Syarikat (15-29 tahun), serta Commonwealth Youth Secretariat (18-35 tahun) dan United Nations Economic and Social Council for Asia and the Pacific, UNESCAP/ESCAP (15-25 tahun) (Itty, 1984; Commonwealth Youth Programme: Asia Centre, 1992).

“there are some 50 million children under the age of 15 who are at

work. . Nearly 98 per cent of all these child labourers are found in

developing countries. If ‘youth’ is understood as constituting the

period between the end of childhood, on the one hand, and entry

into the world of work on the other, then it is manifest that youth

does not exist in the situations outlined above”

(United Nations 1986,p. 8)

Allen 1968 turut menyatakan bahawa belia tidak dapat didefinisikan sebagai  yang bekerjaya,tetapi bagaimana proses individu itu pada peringkat sosial kerana buruh kanak-kanak turut dikategorikan sebagai mereka yang bekerjaya. Menurut Truelove (1995), belia adalah proses dimana individu itu belajar melalui pengalaman dan dalam proses mencapai tahap kematangan dan menambahkan keyakinan diri. Takrifan belia bagi kebanyakan penyelidik di Malaysia menjadikan umur sebagai penentu kepada mereka yang digolongkan sebagai belia bagi mereka yang berumur 15-34 tahun iaitu remaja dan juga golongan yang dewasa. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2010 terdapat seramai 9.24 juta orang atau 35.53% yang berumur antara 15 hingga 34 tahun.

 

3.0       TEORI KERJAYA

 Menurut Sidek Mohd Noah (2002), dalam teori perkembangan kerjaya berpendapat bahawa teori perlu bagi menggalakkan kefahaman tentang faktor yang mempengaruhi pemilihan dan perkembangan kerjaya disamping menggalakkan penyelidikan yang dapat membantu memahami dengan mendalam tentang pemilihan dan proses perkembangan kerjaya. Antara teori tersebut seperti teori Tret dan Faktor, teori Holland, teori Anne Roe dan teori Psikonalitik Bordin (Sidek Mohd Noah, 2002). Manakala teori Super yang diasaskan oleh Donald E.Super pula lebih dikenali menggunakan pendekatan proses.

3.1       Teori Kerjaya Anne Roe

Anne Roe merupakan pengasas kepada Teori Kerjaya Roe. Beliau menyatakan bahawa kualiti perhubungan awal yang dialami oleh individu mempengaruhi perkembangan minat yang kemudiannya mempengaruhi kerjaya individu. Kenyataan ini membawa maksud bahawa pengalaman yang berkaitan dengan hubungan dan interaksi dengan individu yang signifikan dalam kehidupan  adalah penting dan dapat mempengaruhi kerjaya . Roe (1956) membentuk teori kerjayanya berasaskan teori personaliti. Roe menyatakan bahawa orientasi kerjaya boleh dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu, pekerjaan yang berorientasikan manusia, dan pekerjaan yang tidak berorientasikan manusia.

 3.2       Teori Kerjaya Holland’s

 Dalam teori kerjaya Holland mendapati bahawa kerjaya dipilih berdasarkan kepada bagaimana  berminat berada di samping mereka yang mempunyai personaliti yang sama  dan kerjaya akan dipilih berdasarkan kepada faktor keselesaan mengikut personality seseorang seperti realistik, seni, sosial, ingin tahu, dan minat terhadap sesuatu perkara dalam kerja. Faktor persekitaran ini menjadi fokus utama teori Hollands dalam pemilihan kerjaya seseorang atau penentu kepada minat seseorang menceburi sesebuah bidang pekerjaan.

3.3       Teori Krumboltz, Mitchell dan Gelatt

Teori Krumboltz, Mitchell dan Gelatt (1975) menjelaskan terdapat empat faktor dalam proses penentu kerjaya  iaitu:

i.            pengaruh baka dan kebolehan individu

ii.            persekitaran

iii.            pengalaman belajar

iv.            kemahiran menjalankan tugas.

4.0       ORIENTASI KERJAYA

Orientasi kerjaya adalah merujuk kepada bidang-bidang pekerjaan yang telah diklasifikasikan kepada dua dimensi, iaitu berorientasikan manusia dan tidak berorientasikan manusia. Berpandukan pengelasan yang dibuat oleh Holland (1998, 1996), pekerjaan berorientasikan manusia ialah yang berkaitan dengan bidang Sosial dan Enterprising, manakala pekerjaan yang tidak berorientasikan manusia adalah dalam bidang Realistik dan Investigatif. Kecenderungan kerjaya adalah bergantung kepada dua jenis orientasi ini dan belia turut memilih orientasi kerjaya mempunyai faktor-faktor yang tertentu (Byars dan Rue, 2000)

Kumpulan Kumpulan Pekerjaan Orientasi pekerjaan
Kumpulan I Perkhidmatan Manusia
Kumpulan II Perniagaan Manusia
Kumpulan III Organisasi Manusia
Kumpulan IV Teknologi Bukan manusia
Kumpulan V Kerja luar/Luar rumah Bukan manusia
Kumpulan VI Sains Bukan manusia
Kumpulan VII Kebudayaan umum Manusia
Kumpulan VIII Seni dan hiburan Manusia
Peringkat pekerjaan Keterangan pekerjaan
Profesional dan pengurusan 1 Memiliki kelayakan ijazah kedua dan ketiga daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
Profesional dan pengurusan 2 Memiliki kelayakan ijazah pertama daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
Separa profesional Mempunyai diploma dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
Berkemahiran Mempunyai sijil kemahiran daripada institusi latihan formal yang diiktiraf
Separa berkemahiran Tidak memerlukan kelayakan akademik tertentu atau sijil kemahiran tetapi telah mendapat latihan secara tidak formal
Tidak berkemahiran Tidak memerlukan kelulusan akademik tertentu atau sijil kemahiran

Jadual 4.1 : Diubahsuai daripada teori kerjaya Holland (1998, 1996)

 

5.0       FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA

Dalam kajian lepas, pemilihan kerjaya banyak bergantung kepada faktor-faktor yang disebabkan oleh minat, ganjaran dan jaminan masa depan (Dlm. Chong, 2001). Faktor ini dikatogerikan kepada dua faktor utama yang mempengaruhi  individu terutama golongan belia dalam memilih bidang kerjaya. Dua faktor tersebut adalah faktor dalaman dan faktor luaran. Elemen-elemen yang terdapat dalam kedua-dua faktor dalaman dan luaran adalah saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Peters (1941) dalam menjalankan satu kajian untuk melihat faktor-faktor yang mepengaruhi pemilihan kerjaya dimana subjek kajian beliau terdiri daripada 380 oarang pelajar sekolah Tinggi Missouri. Beliau telah mengumpulkan semua subjek kajian dalam satu persidangan yang dianjurkan oleh sebuah Pertubuhan Bimbingan Kerjaya. Subjek kajian telah diberikan satu kad yang mengandungi subjek dalam pemilihan kerjaya. Hasil menunjukkan terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar iaitu ibubapa, rakan sebaya, kenalan profesional dan saudara mara. Keputusan kajian menunjukkan faktor-faktor kajian yang mempengaruhi pemilihan kerjaya adalah berbeza antara satu sama lain.

Menurut Kahl (1963) faktor dalaman seperti minat, cita-cita untuk memperolehi gaji yang besar, pekerjaan yang berpangkat tinggi serta nilai sesuatu kerjaya yang mempunyai pandangan yang tinggi oleh masyarakat banyak dipengaruhi oleh faktor luaran iaitu dorongan daripada ibubapa yang mempunyai sikap pandangan ke hadapan terhadap masa depan anak-anak mereka. Selain itu menurut, Amriah Buang (2007) sikap ibu bapa terhadap status social sesebuah pekerjaan yang rendah tidak menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam sektor pekerjaan yang rendah pada mata sosial. Di samping faktor luaran lain adalah pengaruh guru-guru serta rakan sebaya yang menyebabkan golongan belia memilih bidang kerjaya.

Manakala menurut Zulkifli Osman (1993), faktor luaran yang mempengaruhi golongan belia untuk memilih bidang kerjaya adalah disebabkan nilai upah, harga pasaran, di samping kemudahan asas yang ada dan kehidupan di tempat kerja memenuhi kehendak naluri hidup golongan belia. Faktor lain pula ialah taraf pendidikan tinggi tidak sesuai dengan bidang kerjaya. Faktor dalaman dan luaran lain saling berkaitan dan mempengaruhi golongan belia memilih kerjaya. Faktor persepsi persekitaran turut mempengaruhi golongan belia yang beranggapaan bahawa persekitaran seperti di bandar adalah lebih ‘glamour’ dan moden jika dibandingkan kerja di kampung. Di samping penampilan imej yang menarik seperti pakaian yang lawa menarik minat golongan belia untuk bekerja di bandar jika dibandingkan berkerja di kampung. Selain itu, faktor belia memilih pekerjaan adalah disebabkan oleh peluang kerja yang luas dalam pelbagai sektor di bandar serta jaminan keselamatan dan simpanan masa depan seperti insuran dan simpanan KWSP yang diberikan oleh majikan apabila bekerja.

Wong (1998) pula, menjalankan kajian untuk melihat peranan ibubapa dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Keputusan kajian beliau menunjukkan bahawa ibubapa mempunyai sikap pandangan ke hadapan mula memberi dorongan kepada anak-anak mereka berkaitan dengan cita-cita dan nilai sesuatu pekerjaan serta memupuk minat kepada sesuatu bidang kerjaya dalam diri anak-anak mereka. Di mana sejak peringkat awal persekolahan mereka memberi perhatian terhadap kejayaan dalam pelajaran dan keperluan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik serta mencadangkan pelbagai jenis pekerjaan yang mempunyai kepentingan dan, sesuai dengan minat anak-anak mereka (Dlm. Chong, 2001).

5.1       Latar belakang genetik

Genetik mempengaruhi pembentukan minat, kecerdasan, sikap dan personaliti individu yang akhirnya akan mempengaruhi kerjaya  belia. Selain itu, faktor genetik juga mempengaruhi sifat fizikal seperti ketinggian, kecantikan dan kecacatan individu  (Mariani, M.1998).  Individu yang rabun warna tentulah tidak sesuai untuk menjadi ahli kimia, sementara individu yang rendah tentulah tidak sesuai menjadi pegawai tentera dan polis. Teori ini mempercayai bahawa faktor pewarisan atau biologi adalah penting dalam menentukan kerjaya belia. Hal ini akhirnya beralih kepada aspek kebolehan diri/bakat semula jadi (genetik ibu-bapa). Kebolehan diri/bakat semulajadi merupakan keistimewaan anugerah yang Maha Esa kepada  individu. Keistimewaan meliputi keadaan fizikal yang sihat dan menarik serta kecerdasan mental yang baik seperti mempunyai IQ yang tinggi. Di sarnping itu, kadang kala kebolehan yang ada dalam diri yang menjadi pendorong kepada pemilihan kerjaya .

5.2       Personaliti

Guildford (1959) mentakrifkan personaliti sebagai satu pola tren yang unik ada pada diri individu yang menentukan pemilihan kerjaya belia masa kini. Maddi (1989) pula berpendapat bahawa personaliti sebagai satu set ciri-ciri dan kecenderungan yang stabil yang menentukan kesamaan dan perbezaan tingkah laku . Austin dan Vines (1983) mendapati jenis personaliti ialah hasil gabungan ciri-ciri baka dan pengalaman persekitaran. umumnya, manusia dilahirkan dengan persekitaran tertentu, tetapi interaksi manusia dengan persekitaran mengakibatkan  belia itu cenderung mempengaruhi kerjaya mereka.

Menurut Watson (dalam Sidek Mohd Noah, 1996) pula, personaliti ialah hasil daripada kebiasaan atau tabiat kita untuk memerhati. Hilgard (1957) pula menegaskan bahawa personaliti digunakan untuk melihat ciri-ciri individu dan cara-cara individu bertingkah-laku melalui pemerhatian ini yang menentukan pemilihan  untuk memilih. Personaliti menurut beliau lagi termasuklah semua sifat individu yang mempengaruhi penyesuaian individu tersebut secara unik kepada sesebuah kerjaya. Manakala Holland menyebut persekitaran kerja dan latihan saling berbeza dengan persekitaran. Persekitaran kerja adalah persekitaran yang wujud dalam dunia pekerjaan seperti Jabatan Pendidikan Negara, manakala persekitaran latihan adalah merujuk kepada persekitaran dunia pendidikan, iaitu seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia.

  5.3       Genetik dan hierarki keperluan

Pengaruh faktor genetik dan perkembangan hierarki keperluan mempengaruhi keputusan pemilihan kerjaya individu. Keperluan individu seperti yang dikemukakan oleh Maslow melalui hierarki keperluan sentiasa akan mempengaruhi individu. Antara keperluan utama yang dikenalpasti oleh Maslow ialah keperluan fisiologikal, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Apabila keperluan asas telah dipenuhi,  keperluan yang lebih tinggi terbentuk dan keperluan ini akan terus meningkat sehingga mencapai keperluan yang paling tinggi, iaitu kesempurnaan kendiri. Keperluan yang kuat untuk memenuhi sesuatu keperluan merupakan sumber motivasi yang sangat kuat yang akan menggerakkan individu. Pengaruh genetik dan perkembangan motivasi individu akan menentukan perbezaan-perbezaan dalam pencapaian pekerjaan .

5.4       Minat dan keperluan individu (Hudson, F. 1999; Roe, 1956) iaitu,

 Minat yang ditanam sejak kecil boleh mempengaruhi pembuatan keputusan  individu termasuk dalarn membuat keputusan memilih bidang kerjaya. Minat ini akhirnya membentuk kepada sikap  atau boleh menjadi tabiat (habit) yang mempengaruhi keputusan  individu.

 

  1. Pewarisan genetik menentukan had potensi perkembangan semua ciri-ciri yang ada tetapi had perincian kawalan genetik serta sifat keterbatasannya berbeza-beza bagi ciri-ciri yang berlainan

 

  1. Darjah dan hala perkembangan ciri yang diwarisi adalah dipengaruhi bukan sahaja oleh pengalamna yang dialami oleh individu tetapi juga oleh semua aspek latar belakang kebudayaan dan kedudukan sosio-ekonomi keluarga

 

  1. Corak perkembangan minat, sikap dan pemboleh ubah personaliti lain dengan kawalan genetik yang secara relatifnya kecil atau tidak spesifik, pada asasnya ditentukan oleh pengalaman individu

 

  1. Corak tenaga psikik yang terjadi dari segi pengurusan perhatian ialah penentu utama minat

 

  1. Kekuatan keperluan-keperluan ini, kepuasan mereka dan organisasi mereka merupakan penentu utama darjah motivasi yang dinyatakan dalam bentuk pencapaian

 

5.5       Gaya Layanan Ibu Bapa (Anderson, C. L., 1994 ; Harkins, M. (2001).)

Ibubapa memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan anak-anak mereka. Seperti kata perpatah, anak-anak ibarat kain putih, jadi ibubapalah yang berperanan mencorak masa depan mereka. Setiap individu akan mewarisi kecenderungan untuk menyalurkan tenaga dalaman ke arah kerjaya yang tertentu. Kecenderungan ini pula banyak dipengaruhi oleh gaya layanan yang diterima anak-anak daripada ibu bapa mereka. Terdapa tiga bentuk asas gaya layanan ibu bapa semasa mereka berinteraksi dengan anak-anak mereka, iaitu gaya layanan mesra, dingin dan menumpu.

5.5.1    Gaya layanan mesra

Mesra bersahaja – Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini memberikan kasih sayang yang sederhana kepada anak-anak mereka. Mereka memberi perhatian kepada anak-anak apabila ada masa lapang. Ibu bapa sambil lewa,mempunyai peraturan tetapi tidak dikuatkuasakan atau dilaksanakan.

Mesra pengasih – Mengamalkan pemberian kemesraan dan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Mereka cenderung untuk cuba membantu anak-anak dalam menyelesaikan masalah-masalah penting dan rumit. Mereka juga memberi pujian dan kebebasan yang munasabah kepada anak-anak mereka.

5.5.2    Gaya layanan dingin

Dingin mengabai – Ibubapa yang mengamalkan gaya ini kurang memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Mereka memberi penjagaan fizikal yang minimum dan selalu tidak menepati janji.

Dingin mengelak – Bersifat dingin terhadap anak-anak, tidak egambil berat, selalu merendah-rendahkan kebolehan ana-anak dan kerap kali menghina anak-anak.

5.5.3    Gaya layanan menumpu

Terlampau menlidungi – Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan ini selalunya dapat memenuhi segala keperluan fisiolofikal anak-anak mereka. Ibubapa memberi perhatian kepada minat, memanjakan ana-anak, memberi kasih saying, menjaga keselamatan dan kurang memberi kebebasan kepada anak-anak. Ibubapa juga memberi pujian dan ganjaran yang berlebih-lebihan seta kerapkali mencampuri urusan anak-anak mereka.

Terlampau menuntut – Mereka mengamalkan gaya layanan yang selalu menyediakan piawaian yang tinggi untuk diikuti oleh anak-anak. Peraturan yang dibuat sangat keras, tegas dan anak-anak pula tidak boleh membantah ataupun memberikan pendapat. Mereka mahu anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berguna menurut pandangan mereka, cenderung mendenda dan membatasi hubungan anak-anak dengan rakan sebaya.

Sehubungan dengan gaya layanan tersebut, lima hipotesis yang cuba menghubungkaitkan gaya asuhan dengan pembentukan orientasi dan seterusnya pemilihan pekerjaan iaitu,

Ibu bapa yang bersifat melindungi, menuntut dan pengasih akan menghasilkan anak-anak yang berkecenderungan ke arah berorientasikan manusia dan begitu juga dalam pemilihan pekerjaan.

  1. Ibu bapa yang menolak, mengabai dan bersahaja akan menghasilkan anak-anak yang berkecenderungan ke arah tidak berorientasikan manusia dan begitu juga dalam pemilihan pekerjaan

 

  1. Anak-anak yang terlampau dituntut dan dilindungi berkemungkinan berada dalam keadaan helah bela diri dan menjadi tidak berorientasikan manusia

 

  1. Sesetengah individu daripada keluarga yang ibu bapanya menolak iaitu mengabai dan mengelak berkemungkinan akan memilih kerjaya yang berorientasikan manusia dalam usaha untuk mencari kepuasan

 

  1. Layanan dan asuhan yang mencukupi kepada anak-anak oleh ibu bapa yang pengasih dan bersahaja di samping faktor lain seperti kebolehan individu mungkin menjadikan keperluan hubungan interpersonal lebih daripada keperluan peribadi.

5.6       Persepsi

Persepsi merupakan suatu pengalaman fenomena dan suatu arahan untuk tindakan. Maklumat yang diamati dalam bentuk ini boleh dinyatakan sarna ada dalam suatu siri pemetaan mental individu atau sebagai suatu strategi untuk aktiviti masa depan. Heider (1958 pula berpendapat melalui persepsi segala peristiwa yang diamati dan disaksikan oleh individu dapat dipertimbangkan yang seterusnya membolehkan lahirnya tanggapan tertentu terhadap peristiwa sebagai contoh belia itu suka beranggapan bahawa bekerja di bandar lebih moden daripada bekerja di kampung mempengaruhi pemilihan kerjaya responden. Manakala Hall & Lindzey (1970) mentakrifkan persepsi sebagai semua pengalaman luaran dan dalaman yang dialami oleh  individu dan sentiasa berubah mengikut persekitaran. Pendapat berkaitan persepsi sejajar dengan Neisser (1997) yang mengatakan persepsi  individu adalah bergantung kepada maklumat. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa konsep persepsi amat penting dalam membantu penentu dalam pemilihan kerjaya

5.7       Faktor-Faktor Lain

 Terdapat faktor lain yang mendorong seseorang belia itu memeilih kerjaya seperti faktor luaran. Elemen-eleman yang terlibat adalah pengaruh guru dan rakan sebaya, ganjaran, status sosial, pendidikan, kemudahan serta faktor-faktor lain seperti mencari ‘glamour’, penampilan (eksesori, pakaian, imej dan lain-lain), kemudahan (insuran loan pinjaman rumah, kesihatan), simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta peluang kerja yang luas di bandar. Pendapatan merupakan salah satu komponen penting yang turut mempengaruhi responden dalam memilih bidang kerjaya. Pendapatan juga mempunyai hubung kait yang rapat dengan taraf pendidikan . Responden yang mempunyai pendidikan yang tinggi lebih cenderung memilih pekerjaan dalam bidang profesional seperti akauntan, guru, polis dan jururawat yang lebih menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan.

Selain itu faktor pendidikan juga boleh mempengaruhi pemilihan kerjaya  individu malah menurut Zulkifli Osman, (1993) antara faktor pengurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian adalah disebabkan oleh taraf pendidikan masyarakat yang semakin tinggi. Oleh itu, dalam melihat sejauhmana faktor pendidikan mempengaruhi pemilihan kerjaya responden pengkaji membahagikan faktor pendidikan kepada tiga aspek utama iaitu, pemilihan Subjek Sains dan Sastera di sekolah, tiada kamahiran khusus dalam bidang pertanian dan pencapaian yang tinggi dalam pendidikan menjadi penyebab responden tidak memilih kerjaya dalam sektor pertanian

6.0       KESIMPULAN

Kesimpulannya, kerjaya seseorang belia itu dipengaruhi oleh pelbagai aspek sama ada secara luaran atau dalaman yang mencorakkan belia dalam melibatkan diri dalam suatu kerjaya. Kerjaya seseorang biasanya dimulai dengan usi belia ini dimana pada tahap ini, seseorang individu mula menunjukkan minat kepada sesebuah bidang dan akhirnya membawa kepada pencarian kearah kerjaya tersebut. Kepuasan dalam pencapaian kerjaya seseorang hakikatnya bergantung kepada pelbagai faktor seperti faktor luaran dan dalaman seperti yang dibincangkan di sorotan literatur.

RUJUKAN

Anderson, C. L. (1994). Skills and knowledge: The key to growth. Adult Learning, 5(5), 1.

Addo-Freeman, Augustina (2011). Anne Roe’s Theory of career choice and development as applied to Ghanaian workers in the Accra Metropolis. Department of Educational Foundations

Azizan Husain, Mohamood Nazar Mohammad & Mohd Taib Arifin. (2003). Program peralihan dan penyesuaian terhadap kerjaya bekas anggota tentera. Laporan kajian projek (07-02-07-0065) IRPA, Universiti Utara Malaysia.

Edwards Paul and Sarah Edwards. Finding your perfect work: the new career guide to making a living, creating a life. New York: Penguin Putnam, HF5381.E467 2003.

Harkins, M. (2001). Using literature to establish career concepts in early childhood.

Electronic version]. The Reading Teacher, 55, 29-32.

Harris-Bowlsbey, J., Dikel, M. R., & Sampson, J. P., Jr. (1998). The Internet: A tool for

career planning. National Career Development Association. Columbus, OH.

Herr, E. L., & Craner, S. H. (1992). Career guidance and counseling through the  lifespan: Systematic approaches (4th ed.). New York: HarperCollins Publishers, Inc

Hoyt, K. B. (1995). Career education: A vital component in the transition of youth from

schooling to employment. Dec., 327-331.

Hudson, F. (1999). Career coaching. Career Planning and Adult Development Journal

15(2), 69-80.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. 2007. Fakta belia. Putrajaya.

Mariani, M. (1998). Career counseling and facilitating: standards for a new century.

Occupational Outlook Quarterly 42(3), 30-42.

Perkembangan kerjaya : teori & praktis / Sidek Mohd Noah  Sidek Mohd Noah : Serdang : UPM, 2002.

Sidek Mohd. Noah (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Serdang:  Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah (1996). Perkembangan kerjaya: Teori dan praktis. Serdang:  Penerbit Universiti Putra Malaysia

Shaari Abdul Rahman. 2001. Banci penduduk dan perumahan Malaysia: Taburan penduduk

mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Negara.

Timothy C. Thomason, Ed.D. 1999. Basics of Career Development. Institute for Human Development University Affiliated Program Northern Arizona University. National Institute on Disability and Rehabilitation Research (NIDRR)

Yahaya Ibrahim dan Abd. Hair Awang. (2008). Pembangunan Modal  Insan, Isu dan Cabaran. Penerbit Universiti Kebangsaan  Malaysia. Bangi.

William C. Briddick (2008). Roe’s Theory of Personality Development and Career Choice. ISBN: 97814. SAGE Publications, Inc.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s